Followers

Tuesday 9 December 2014

Anak Kena Sembelit!!??

Assalamualaikum

Pernah tak mommy alami situasi anak-anak yang kena sembelit? Seksa kan? Saya pernah alami masa kakak Hureen sekali, Adik Humaira tak pernah kena, Cik Hannan pun kena sekali jugak. Alhamdulillah... takde la kronik sangat mcm anak-anak orang lain kena. 

Baru-baru ni dok dengar member ofis ni cerita anak dia umur 2 tahun yang kena sembelit sampaikan berlari keliling rumah bila sakit perut nak membuang. Kesian sangat. Pastu trauma setiap kali nak pakai diapers sebab sakit bontot kan.



KENAPA SEMBELIT TERJADI??
  • kurang minum air
  • kurang makan makanan berserat 
  • pengambilan serat tidak mencukupi
  • pengambilan cecair tidak mencukupi
  • pengambilan gula-gula, makanan yang manis & jajan secara berlebihan
  • kurang bersenam



CARA MENGATASI SEMBELIT :
  • galakkan anak-anak minum air masak secukupnya
  • wajibkan anak-anak makan buah & sayur-sayuran dalam menu harian
  • berikan jus buah-buahan jika anak tak suka makan buah
  • galakkan anak-anak bersukan atau bersenam
  • aturkan jadual berkala untuk anak ke tandas


Sian kan kalau anak-anak kena sembelit ni. Kadang-kadang akan berlaku koyakkan kat dubur yang menyebabkan dia trauma untuk buang air besar dan enggan masuk tandas untuk buang air besar. Kalau orang dewasa pun trauma gak ngn sembelit ni, inikan pulak budak-budak.


CADANGAN SUPLEMEN ELAKKAN SEMBELIT

Saya nak cadangkan Meal Shakes Shaklee untuk ibu-ibu yang ada anak-anak yang mengalami sembelit ni. Meal Shakes ni mengandungi asid amino serta nutrisi yang mudah diserap oleh badan. Ia dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lacalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Meal Shakes ni sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi, pelajar, kanak-kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.




MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zaat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membinatulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Ant-Oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasa - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati semua golongan.
Berminat??? 

Boleh hubungi saya yer :

Liney
019-9771418

Thanks for reading this entry!


Monday 8 December 2014

TIBI Penyakit Berjangkit No. 1!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah En. Suami dah pulih daripada penyakit Tibi. Terkenang-kenang lagi masa mula-mula dia di diagnos sakit tibi pada 25 Disember 2013. Simptom awal ialah batuk berpanjang hampir 2 bulan, demam yg berterusan terutamanya pada waktu petang hampir sebulan, paling kronik bila badan jadi lemah sangat. 

Orang lelaki ni kan mmg susah sikit nak gi klinik ni. Tak macam saya yg suka sgt gi klinik, makan ke tak ubat tu lain citer. Hihihi. Tapi ending dia masa cuti Krismas tahun lepas. Masa tu kami sekeluarga balik kg bercuti panjang sebab kebetulan 2 org adik lelaki kahwin. Masa tu la jugak En. Suami saya dah surrender nak gi hospital sbb masa tu dia dah tak larat sangat dah. Bila masuk wad jer mmg sah la ada kuman TIBI dalam badan dia. Saya mcm terkedu jugak la sbb risau takut jangkit kat anak-anak. 

Lepas En. Suami dah confirm kena TIBI tu mmg sy tak bg sgt suami jaga Cik Hannan yg masa tu baru 5 bulan lebih. Tapi menurut doktor, dalam masa 15 hari rawatan En. Suami kena pakai mask bila bergaul dgn orang & selepas tu kuman-kuman TIBI dah tak aktif.

Apa itu TIBI??

TIBI lebih dikenali sebagai batuk kering ialah sejenis penyakit berjangkit daripada kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis. Sebenarnya kita tak tau pun kat dalam badan kita ni ada kuman Tibi ker tak sebab kuman ni akan aktif bila sistem pertahanan badan lemah. Bila kuman tu aktif & membiak, maka akan menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.


Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari (suami saya kategori ni la). Tetapi boleh jugak berlaku melalui peredaran darah yg jugak boleh merosakkan bahagian lain seperti buah pinggang, kulit, mata, kalenjar leher, tulang, otak dan lain-lain.

Paru-paru yang dijangkiti Tibi


APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI?
  • Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu
  • Batuk berdarah
  • Demam berpeluh terutama pada petang @ malam
  • Kurang selera makan
  • Berat badan turun mendadak
  • Mudah letih & badan menjadi lemah
  • Sakit dada khususnya apabila batuk @ menghela nafas panjang
***Semua simpton (kecuali kahak berdarah) dialami oleh En. Suami saya. Masa tu memang kesian tengok dia. T____T




BAGAIMANA TIBI BOLEH BERJANGKIT??
  • Berjangkit melalui titisan cecair mulut & hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap @ bersin. Orang yang menyedut udara tersebut akan berisiko dijangkiti kuman Tibi.
  • Penyakit Tibi diluar paru-paru tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.

SIAPA YANG LEBIH BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN??

  • Orang-orang yang mempunyai status kehidupan yang rendah dari segi keadaan sosial, pendapatan, pemakanan, kesihatan & ubat-ubatan.
  • Pembawa HIV
  • Pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang yang kronik
  • Pesakit yang mengambil ubat steroid dlm jangka masa yg lama
  • Warga tua
  • Perokok tegar
***Sebenarnya penyakit tibi ni tak mengenal usia yer. Sesape saje berisiko kena penyakit ni.


MACAM MANA NAK DIAGNOS PENYAKIT TIBI??

1) X-ray dada

2) Diagnostic Microbiology - uji kahak.

3) Mantoux Test - Cecair "Tuberculin" disuntik di bahagian bawah kulit lengan. Jika ada kuman tibi, tanda kemerahan yang lebarnya lebih 10mm akan keluar dalam masa 48-72 jam. 


Alhamdulillah sekarang ni En. Suami dah pulih tapi masih lagi ada appointment dgn doktor untuk x-ray dada. Sepanjang rawatan, banyak ubat yang kena ambik setiap hari. Masa mula2 dia makan ubat tu, agak terkejut sebab air kencing berubah warna coklat pekat. Sepanjang tempoh ambik ubat tu En. Suami memang minum banyak air. Badan dia jugak jadi lemah sangat masa mula-mula rawatan. 

Sebagai isteri memang kena sabar dengan karenah suami sepanjang rawatan kerana banyak kesan psikologi berubah. Kena redha dengan ujian Allah kerana setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahNya. 

Sepanjang suami menjalani rawatan ni jugak saya bagi suami minum 1 sudu teh VIVIX Shaklee untuk sistem imunisasi badan. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya dapat membantu.

Okay. Sekian. Semoga perkongsian ni dapat memberi info kepada semua pembaca yer.

Thanks for reading this entry!! 


Sources :
http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan.htm
http://ritz.my/kenali-penyakit-tibi/


Thursday 4 December 2014

Demam! Apa punca demam?

Assalamualaikum.

Bulan November penuh dengan cabaran! Sebagai ibu yg berjauhan dengan suami memang rasa besarnya cabaran bila anak2 dan diri sendiri demam. Bibir mengucapkan syukur kerana diberi ujian kecil dari Allah.. Tapi hati kecil berkata besarnya cabaran bila anak2 demam, lagi rasa besarnya cabaran bila diri sendiri pulak diserang demam.


Tahukah anda demam ni salah satu cara badan kita melawan penyakit!



Apa punca / sebab badan diserang demam??

Sebenarnya punca2 demam ni byk. Antaranya berpunca daripada bakteria @ virus. Demam yang berpanjangan jugak adalah disebabkan penyakit2 yang berbahaya seperti kanser, SLE, penyakit sistem saraf pusat, penyakit dalam darah seperti leukimia, dan banyak lagi.

Tetapi, berbeza pulak hal nya dengan demam selesema. Tanda2 demam selesema ni macam hidung berair, bersin2, sakit tekak yg membawa kepada suara jadi garau, hidung tersumbat dan batuk. 

Berjumpa lah doktor sekiranya demam melebihi suhu 40 darjah celcius, demam berterusan dalam masa yang lama & jika sekiranya keluar tanda lain seperti bintik2 kat badan atau lain2 sebab takut2 tu tanda jangkitan bakteria/virus yg lain. 

Semoga yang kena demam tu cepat sembuh yer! Jangan lupa makan ubat. Saya dah telan vitamin C dah. Nak bagi badan ni kuat sikit untuk melawan penyakit. In sha Allah... ikhtiar selagi terdaya!! Dia lah yang menyembuhkan segala penyakit.




Doa bila demam


بسمِ اللـًّÙ‡ِ الْÙƒِبـيْرِ ، Ù†َعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْÙ…ِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ عِرقٍ Ù†َعَّار

ÙˆَÙ…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ø­َرِّ النَّـارِ

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ”


Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.


Thanks for reading this entry!





Tuesday 2 December 2014

PROMO Disember!!

Assalamualaikum!

Bulan ni memang ada kejutan besar dari SHAKLEE. Bulan DOUBLE promotion. Dah la double promotion, vitamin pulak yg awesom giler!!! Vita C & Vita E!! Memang best giler!!! 

Vitamin C
Sape2 yg nak cuba kehebatan vitamin C Shaklee boleh la yer bulan ni. Sebotol ada 180 biji. Tahan 6 bulan tau kalau ambik sebiji sehari. Harga memang mampu sangat. Nak harga kasih sayang boleh mesej or contact saya yer!



Bulan Cinta!!


Ni pulak kebaikan vitamin E. Memang terbaik!! Boleh cuba & ikhtiar mana2 yg patut kan. Tak salah mencuba, kalau tak cuba tu yang rugi... Usaha selagi terdaya, jangan pernah berhenti berharap.

Okay, short & simple post for today! 

Mood nak cuti membara2 ni.. Hihihi. Selamat bercuti kepada yg tengah bercuti. Jom rancang2 cuti utk bawak anak2 gi jalan2. Di samping tu ibu & ayah pun boleh release tension sekali. 

Ok. Babai!

Thanks for reading this entry!



Friday 28 November 2014

Pengedar Shaklee Pahang

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat! Alhamdulillah diberi kesihatan, dipanjangkn umur dan dimurahkn rezeki oleh Allah buat kami sekeluarga. 

Saya Norliney Ghazali bersedia membantu anda yg memerlukn nasihat mengenai suplemen Shaklee. Pos vitamin ke seluruh Semenanjung Malaysia & Sabah Sarawak. COD di kawasan Pekan. 

Khidmat nasihat percuma. FREE GIFT utk setiap pembelian vitamin.*


*tertakluk kpd terma & syarat.

Thanks for reading this post!!

Thursday 27 November 2014

Merawat Kutu Kepala!!!

Assalamualaikum

Selamat Bercuti utk semua guru2 kat Malaysia yg tgh menikmati cuti sekolah yer. Buat guru2 yg kena bertugas tu teruskan usaha murni anda yer. Anda lah insan mulia... Errr... saya pun guru jugak, cuma beza saya mengajar di intitusi pengajian, mengajar pelajar2 lepasan SPM. Paling berbeza, saya bekerja semasa pelajar2 saya bercuti sebab kami ambik cuti tahunan. 

Okeh! Sempena cuti sekolah ni mommy2 gojes semua mesti banyak sikit masa ngan anak2 kan?? Boleh la belek2 kepala anak2.. intai2 kot2 ada kutu kat kepala anak2. Hari ni terpanggil nak share kisah kutu sebab ada kwn2 satu ofis ni dok citer kepala anak2 diorang ada kutu. Yer la.. hantar kat taska, bercampur ngn rmai kanak2, chances kepala anak2 kita nak dijangkiti tu memang besar sangat. 


Apa itu KUTU??

Saiz kutu ni kecik jer iaitu 2-4mm dan tidak bersayap. Makanan kutu tu ialah darah kita la. Sian kan anak2 yg ada kutu ni, sebab tu la bila ada kutu kat kepala, anak2 akan menggaru jer sbb gatal masa kutu tu dok hisap darah la tu.

Kutu betina boleh menghasilkan 6 biji telur sehari selama 30 hari di pangkal rambut. Dalam masa 6-10 hari jer lepas menetas ia akan menjadi kutu dewasa dan mula merayap. Masa tu merenyam tak yah citer! (dan2 kepala ni rasa gatal ~~~ huhuhu)

Nasib baik la kutu kepala ni tak mendatangkan penyakit kan? Kutu ni pun bukan dibawa oleh binatang peliharaan seperti kucing dan anjing.

Cara Jangkitan KUTU :

Macam mana kutu ni berjangkit?? Selain daripada tido bersama orang yang ada kutu, ianya boleh berjangkit apabila mangsa baru menggunakan skaf, sarung kepala, sikat atau tuala dengan mereka yang telah dijangkiti. 

Jangka hayat KUTU : 

Kutu boleh hidup selama 72 jam jika tidak berada di atas kepala manusia. Suhu kepala manusia sahaja yg sesuai untuk kutu ni hidup & membiak.

Cara Merawat KUTU :

1) Syampu kutu 
Untuk hilangkan kutu ni mommy2 semua boleh beli mana2 syampu kutu kat farmasi. Boleh syampu rambut anak2 dan biarkan selama 10 minit. Pastu boleh bilas. In sha Allah akan hilang.

2) Cuka & Minyak
Boleh jugak celup sikat kutu dalam cuka sebelum menyikat rambut dan boleh letak minyak yg dicampur dengan bawang putih pastu balut kepala dgn tuala kecil. 


~ BASIC H ~

Alternatif lain, saya cadangkan boleh guna BASIC H Shaklee sbg syampu. In sha Allah kutu2 tu akan jatuh. Tengok gambar testimoni kat bawah ni yer. Jangan risau yer, Basic H ni bersifat organic dan memang selamat. Selain boleh buat syampu, boleh digunakan untuk mencuci lantai, meja makan, basuh botol susu anak2.  


Harga Basic H ni murah jer, cuma RM 46.00, 16 oz. Memang mampu milik sangat2 sbb multi-purpose. Tidak berbau dan mesra alam. 

BERMINAT??

Hubungi saya yer Liney ~ 019-9771418.

Thanks for reading this entry!



Wednesday 26 November 2014

Hilangkan jeragat dengan cepat!!

Assalamualaikum. 

Bersiaran dari ofis yang sangat sejuk hingga ke tulang! Ramai yang takde hari ni, masing2 sibuk dgn tugas masing2. Hujung semester macam ni semua sibuk dok marking paper, key-in markah dan macam2 la yang berkaitan dengan markah students. 

Alhamdulillah saya dah siap semua kerja2 hakiki tu semua. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Key words ialah kena redha dgn semua tugasan dan jgn merunggut.. Just do it!!

Perkongsian hari ni pasal jeragat. Mostly officemate ni perempuan. Ada banyak peringkat umur, ada la yg dah agak berumur dan baru2 ni diorang sibuk dok citer pasal JERAGAT. Sebab tu hari ni terpanggil nak share pasal jeragat.



Ni antara jenis2 jeragat yang naik kat wanita asia macam kita2 ni yer.


PUNCA JERAGAT @ MELASMA :

1) Sinaran UV
Individu yg sering terdedah kepada cahaya matahari lebih berisiko dengan masalah jeragat. Jika sering terdedah kepada cahaya matahari dinasihatkan supaya menyapu krim pelindung UV (dengan nasihat doktor) untuk menggelakkan kulit daripada jeragat timbul di kulit.

2) Penggunaan hormone
Kesan daripada penggunaan pil2 hormone contohnya ialah pil perancang yang berterusan jugak antara punca jeragat. 

3) Penggunaan kosmetik
Wanita terutamanya cepat terpengaruh dengan iklan2 produk kecantikan yang ada dipasaran. Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan timbulnya jeragat terutamanya di bahagian pipi.

4) Keturunan
Biasanya wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas lebih berisiko dengan jeragat. Tetapi wanita yang berusia 20 tahun jugak berisiko timbulnya jeragat jika dalam keluarga ada yang mengalami masalah yang sama. 

RAWATAN UNTUK JERAGAT :

1) Pengelupasan kimia (kos antara RM 450 - RM 600)
2) Laser (kos antara RM 1000 - RM 2000)
3) Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis (kos antara RM 750 - RM 900)

Selain daripada rawatan2 di atas, saya ada cadangan untuk menggunakan Rawatan Jeragat dengan menggunakan SET JERAGAT SHAKLEE. 


Setiap vitamin dia atas mempunyai fungsi2 yang tersendiri untuk merawat jeragat dari dalam. Selain itu, boleh menggunakan Set Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee.

Set Penjagaan Wajah NutriWhite

Jika sekiranya taknak ambik banyak2 vitamin kat atas, boleh ambik Collagen Powder Shaklee untuk kesan yang lebih cepat dan terbukti berkesan. Kat bawah ni gambar testimoni Collagen Powder Shaklee.


Selain tu boleh ambik vitamin E. Saya amat memahami keadaan customer yang kadang2 tak suka ambik banyak vitamin dalam satu2 masa. Vitamin E ni bagus untuk kulit dan anti-oksidan. Boleh menipiskan parut2 jerawat dan membantu memudarkan jeragat (dengan penggunaan yang konsisten).




Kebaikan Vitamin E, B Complex dan Vitamin C.

Kepada yang belum ada masalah jeragat tu boleh cegah sebelum parah yer. Bila dah naik jeragat ni susah la sikit nak hilang. Pengambilan vitamin ni pun kena berterusan dan jangan dok fikir makan 2 @ 3 kali terus nak nampak hasil. Kena sabar yer. 

Sesape yang berminat boleh hubungi saya :

Liney
019-9771418

Nak dapatkan FREE GIFT??? Jom pm saya yer!!

Thanks for reading this entry!

Tuesday 18 November 2014

Percaya Diri!!

Assalamualaikum


Hari ni nak citer pasal percaya pada diri sendiri. Saya percaya pada diri saya!! 200% tau, tak main la 100% ni. Hihi. Ada tak pernah terlintas kat fikiran, boleh ke saya buat ni? Boleh ke saya buat tu.. Kalau ada terlintas macam tu... maksudnya peratus kepercayaan kat diri sendiri tu kurang la yer. 

Sebabnya, kalau kita percaya diri.. Bila ada jer tugasan atau perkara2 yg kita kena buat, kita akan terus cakap... YES!! I CAN DO IT!!!

Kalau bukan kita yang percaya pada diri kita.. siapa lagi kan??? so, kepada sesape yg selalu rasa diri dia tak mampu buat, tak boleh buat, tak yakin... tak itu, tak ini... campak terus masuk longkang yer! Membazir masa jer dok fikir perkara2 yang negatif!

Okay babai.. 

Salam Hari Selasa!!!



Wednesday 12 November 2014

Berapa liter air yang diperlukan oleh badan dalam sehari???

Assalamualaikum.

Hamboi!! 
Panjang nyer tajuk entry hari ni. Saya ni jenis yg kurang atau lebih tepat tak suka minum air masak (mode : insaf). Tapi lately rasa sakit belakang sangat, pastu lutut ni pun makin sakit. Tetiba terfikir, adakah sebab kurang pengambilan air masak dalam sehari??? 


Macam mana nak kira jumlah air yang diperlukan oleh badan kita yer? Haaa... meh sini nak kongsi ilmu pengiraan tu. Cara nak kira senang jer sebenarnya. 25 kg berat badan kita memerlukan 1 liter air masak. Ni jumlah minimum la yer. 

Contoh : 
Berat badan Sarah ialah 69 kg. Berapakan jumlah air yang diperlukan oleh Sarah dalam sehari? So, 69 bahagi 25 = 2.76 liter. 

Senang jer kan. Ini sebagai panduan jer. Lagi elok kalau minum lebih daripada tu. Bahaya kesan daripada kekurangan air ni banyak sangat. Antaranya :

- lemah daya ingatan
- tekanan darah menurun
- sakit belakang (saya la tu)
- sakit kepala
- dehidrasi
- sendi & otot mengalami kekurangan cecair (saya jugak)
- darah menjadi pekat


Tips :

Minum 1 gelas air sebelum tidur & 1 gelas air setelah bangun tidur. Nak bagi ingat, Letak siap2 air masak kat tepi katil. Bangun jer terus capai. BONUS : awet muda lagi!!!


Nak kekal bertenaga & elakkan dari terhidrasi??? 

Shaklee ada minuman isotonik berperisa oren tau! Nak cuba? Boleh sangat. Sesuai untuk atlet dan individu yang memang aktif. Boleh menggantikan bendalir yang hilang dalam badan kita. Nak baca mengenai PERFORMANCE DRINK Shaklee dengan lebih lanjut??? Klik kat sini. 


Untuk maklumat lanjut atau perlukan konsultasi PERCUMA??? Boleh hubungi saya :

Liney
019-9771418




Saturday 8 November 2014

TIPS : Perut Kempis Selepas Bersalin

Assalamualaikum.

Hari minggu yang sangat menyeronokkan bila dapat bersama suami & anak2. Semua aktiviti jadi seronok bila dapat berkumpul bersama keluarga. Anak2 adalah amanah yang Allah pinjamkan untuk kita. Detik mengandungkan setiap anak adalah berbeza dan merupakan pengalaman yang sangat berharga kan? Semua ibu2 kat luar sana mesti setuju dgn saya kan? Of course la semasa 1st trimester tu suffer sikit klau kena alahan yang teruk. Tapi bila dah abis alahan, semua jadi manis kan. 


Lagi seronok bila dah melahirkan. Bila tengok jer si kecik yang kita kandung depan mata, Ya Allah... tak tau nak cakap macam mana kan. Seronok, gembira, terharu, sedih... semua bercampur baur. 

Detik bergelar ibu adalah pengalaman terindah!!

Sesapa yang ada masalah perut buncit selepas bersalin? Saya jugak mengalami masalah yang sama. So, kat sini saya nak share tips macam mana nak kempiskan perut selepas bersalin. Kat bawah ni tips nya yer. Jemput baca ~~~
  • Breastfeeding. Adalah satu kelebihan bagi ibu-ibu lepas pantang kerana anda adalah ibu menyusu. Menyusu membakar 500 kalori setiap hari. banyakkan mengepam, banyakkan direct feeding insyaaAllah sangat membantu bukan sahaja mengecutkan rahim tapi bantu ibu untuk cepat kembali ke bentuk asal. Bersyukur yer dengan rezeki air susu yg Allah bg kat anak kita.
  • Jangan tinggal breakfast. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenga berlaku lebih cepat. Perlu diingatkan juga jangan skip makan tgh hari dan malam. Roti wholemeal adalah digalakkan untuk menggantikan nasi. Lagipun badan ibu2 perlu tenaga yer.
  • Minum air dalam kuantiti yang sesuai dengan berat badan. Biasanya kuantiti yang diperlukan dalam anggaran 2 ~ 3 liter sehari.
  • Lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya 5 hidangan sehari. jadi pastikan ada bekalan buah yang boleh dimakan dan bertindak sebagai snek ketika anda terasa lapar di antara waktu sarapan pagi dan lunch atau di antara lunch dan dinner. 
Selain daripada mengamalkan tips di atas, ibu2 boleh jugak mencuba set shape up Shaklee. Harga berbaloi dan senang serta selamat. Tak perlu berdiet beriya hanya perlu kawal pemakanan daripada makan berlebihan. Harga juga berpatutan. 


Alfafa & Herblax : untuk detox semulajadi toksik di dalam badan.

Lecithin : Bakar lemak.

Cinch Shake : untuk rasa kenyang yg berpanjangan.

Cinch tea mix : membekalkan tenaga.

ESP : rasa kenyang & merangsang pengeluaran susu badan.

Jika tak nak beli semua satu set, boleh jugak beli mana2 1 vitamin mengikut keutamaan, Konsultasi akan saya berikan PERCUMA kepada pelanggan saya. Tawaran menarik menanti ibu2 jika membuat pembelian daripada saya. Semua nya EKSLUSIF untuk customer saya sahaja.


Testimoni lecithin yang berjaya kuruskan badan selepas bersalin.

Berminat??? Boleh hubungi saya :

Liney
019-9771418

Thanks for reading this entry =)




Friday 7 November 2014

Omega 3 @ Minyak Ikan dan ibu hamil

Assalamualaikum!

Fefeeling best nya mengandung (verangan). Ramai kawan2 satu ofis mengandung sekarang ni, rasa jugak nak mengandung sama tapi memandangkan hari tu bersalin ceaser so, niat tu kena simpan dulu... Tapi, kalau Allah bagi buat masa ni, saya terima jer dengan gembira. 

Bulan November yg sangat sweet ni, Shaklee buat promo buy 6 free 1 vitamin Omega Guard. Wow weeee... blink! blink! mata sekejap sebab sy memang suka Omega Guard! Banyak sangat kebaikan Omega ni tau. Tapi hari ni saya nak fokus kebaikan Omega utk ibu2 mengandung.


Omega ni kaya dengan EPA dan DHA tau. DHA ni mmg ibu2 especially tau sangat la kan untuk perkembangan otak. Sebab tu la ibu2 memang nak sgt bg anak2 susu yg tinggi DHA. Tapi, kalau ibu2 nak tau, dalam Omega Guard Shaklee ni kaya dengan Omega 3, DHA dan EPA.


So, apa kaitan Omega ni dengan ibu mengandung?? Macam ni.. Wanita mengandung perlu mengambil 1500 mg DHA (800 mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA ni pulak adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir & melihat).

Omega Guard Shaklee ni cuma perlu ambik 1-3 biji sehari jer, takde la sampai sesudu macam ni yer..  

Khasiat Omega Guard untuk ibu hamil :
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
  • Membantu perkembangan memori janin.
  • DHA yg terkandung dalam Omega Guard Shaklee merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf & retina janin.
  • Bagi ibu pula, ia dapat mengawal tahap kolesterol dalam badan.
  • Membantu ibu mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi.
  • Sistem imun tubuh berada dalam keadaan baik, ibu jarang dijangkiti penyakit demam & selesema.

 Okay la mommies di luar sana... Jom grab special offer ni sebelum kehabisan. Nak harga special, wasap2 jer saya yer. 

Liney
019-9771418






Tuesday 4 November 2014

Minyak Ikan Terbaik!!!

Assalamualaikum!! 

Quick post utk hari ni. No more excuses utk tidak update blog!! Ceritera Minyak Ikan Terbaik yg kaya dengan Omega 3!! Memang terbaik daripada Shaklee utk pengguna tegar minyak ikan. 

Kalau sesape yg baru nak cuba2 ambik suplemen minyak ikan, ini lah masanya sebab PROMO BUY 6 FREE 1 sedang berlangsung sepanjang NOVEMBER!!!! Kalau taknak 6 pun takpe, boleh beli 1 jer dengan harga kasih sayang dari saya. Just contact my number :

019-977 1418
Liney


Okay. Babai.

Thanks for reading this entry!

Saturday 25 October 2014

Katakan tidak kepada sembelit!!!

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu semua. Weekend yg bermakna sgt2 sbb dpt spend masa lama dgn encik suami. Anak2 pun seronok sgt sebab abah bercuti lama. Sempat la kami sekeluarga gi jalan2 ke De Rhu Beach Resort! Dah lama sgt tak bwk ank2 mandi kolam.. Alhamdulillah dpt hiburkan anak2.. 

Okey2.. berbalik pada tajuk hari ni. Kisah sembelit! Eeeeiiiuuu... jgn la geli pulak ngn tajuk ni sbb rmai org yg alami sembelit ni sebenarnya. Cuma tak diwar-warkan je. Seksa tau bila kena sembelit ni. Saya pernah gak kena terutama nya lepas bersalin. Huhu.. ngeri.. 


Sekarang dah tak yah risau dgn masalah sembelit ni sbb HERBLAX Shaklee dapat membantu. Disarankan mengambil 2-4 biji HERBLAX sehari untuk mengatasi masalah sembelit. Kalau sembelit yg biasa2 tu boleh ambik 2 biji jer. Kiranya klau dah telan 2 biji tp still sembelit, boleh la telan 4 biji sekaligus yer.

Macam mana HERBLAX bertindak?? Ooohh.. sebelum terlupa, nak pesan yer... Selepas pengambilan HERBLAX (bkn HERBLAX jer sebenarnya selepas ambk vitamin2 lain pun), hendaklah minum air masak yg banyak yer. Najis yg lama tersekat dalam usus akan dilembutkan dan proses membuang berjalan lancar. 

HERBLAX ni jugak berfungsi sbg detox hujung minggu sbb tu la disarankan mengambil HERBLAX pada hujung minggu sahaja supaya proses membuang tidak menganggu tugas2 seharian. 

Amaran :
Ibu2 yg mengandung tidak digalakkan ambk HERBLAX yer. Ibu yg menyusu jg tidak digalakkan kerana takut nnti baby akn tercirit kesan dr HERBLAX.

Berminat?? 

Hubungi sy yer :
LINEY

019-977-1418

Jom Sihat Ceria bersama saya :)   

Thursday 9 October 2014

Rambut gugur selepas bersalin??

Assalamualaikum. 

Pepagi khamis dalam mode esok nak kena audit 5S ni, saya nak citer pasal rambut gugur. Sebenar nya masalah rambut gugur ni bukan setakat org lepas bersalin menghadapi masalah ni. Semua org boleh kena masalah rambut gugur ni. Tapi jangan terkejut klau rambut kita gugur sebanyak 50 - 80 helai rambut sebab itu adalah normal. So, mulai hari ni kena kira la jumlah rambut kita yg gugur. Huhuhu. 

Punca rambut gugur ni macam2. Antaranya :

1) penggunaan bahan kimia kat rambut, 
2) masalah angin yang serius, 
3) hormon seperti mengandung & melahirkan, 
4) genetik pun mungkin boleh berlaku, 
5) habit suka menarik rambut.



Banyak jugak petua orang2 tua untuk menangani masalah rambut gugur ni. Antaranya :

1) Perah asam limau dan lumur rata di kepala.
2) Sapu air perahan lidah buaya dan daun bunga raya kat kepala
3) Air rendaman kacang hijau

Ni antara petua yg saya jumpa la. Banyak lagi sebenarnya petua2 untuk elak dari rambut gugur ni. Ada jugak cara yg senang & moden untuk elakkan rambut gugur dengan mengambil 2 biji vitamin Zinc Complex Shaklee 1-2 jam sebelum makan. 

Zinc Complex ni terkenal untuk sembuhkan luka terutama nya luka selepas bersalin secara pembedahan. Disamping tu boleh jugak merawat masalah rambut gugur. 


Kebaikan Zinc Complex : 

- mengaktifkan 200 jenis enzim
- membentuk kolagen
- membaiki diabetes
- menghilang bintik putih dikuku
- mempertingkatkan sistem imun
- mempercepatkan pemulihan luka
- membaiki masalah prostat
- kemampuan seks lelaki
- ovulasi wanita
- membaiki radang kulitt
- mengekalkan deria bau

Harga mampu milik. Cuma RM33. 75. Murahkan?! Ada 120 biji, sebotol tu tahan 2 bulan. Jadi nyer sebulan kita melabur dalam  RM16.90 jer. Berbaloi sangat2. Kan??

Sesape yg nak zinc ni, boleh hubungi saya :

Liney
019-9771418

"Rambut mahkota wanita"