Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

TIPS : Supaya sentiasa ingat makan vitamin!

Assalamualaikum.

Sepanjang menjadi Shaklee Distributor ni, dah ramai customer yg saya jumpa, yang setia membeli vitamin drpd saya, yang beli sekali pastu tak repeat order pun ada, yg beli sekali pastu terus jatuh cinta tergolek2 dgn vitamin ni pastu terus jadi ahli, yg beli sebab memang nak jadi ahli. 

Pastu bila dah ramai2 customer ni mesti la ragam mereka pun macam2 kan?! Takpe.. saya layankan jer sbb sy suka bagi pandangan n nasihat pasal suplemen ni biarpun mereka sekadar tanya2 tp tak beli, mereka beli suplemen ni dgn org lain tp tanya cara makan dgn sy pun sy tak kisah sbb niat sy mmg nak bantu org jadi sihat. 

Ramai jugak yg beli pastu lama tak repeat order, bila sy pm rupanya vitamin yg dibeli 6 bulan lps masih byk, tak abis2 lagi. Huhuhu. Rupa nya mereka asyik lupa nak makan vitamin ni. Hmmmm... ruginya sbb tak rasa effect produk ni. Apa2 vitamin pun kalau tak makan secara konsisten, kita takkan rasa efek produk tersebut. So, dah ada tu makan la yer... 

Ni tips utk yg sentiasa lupa makan vitamin tu yer :

1) Letak vitamin di tempat yg senang nampak. Contohnya : atas meja solek, letak kat dapur atau letak tempat simpanan air masak mcm sy buat ni.


2) Set alarm setiap masa penggambilan vitamin. Takpun beli pillbox yg mmg dah ada alarm. Kalau tak ingat lagi tak tau nak kata la.


3) Kalau dah set alarm pun tak jalan jugak, pesan kat suami, isteri, adik, kakak, abang dan semua la ahli keluarga suh ingatkan kita supaya makan vitamin.

Okay, itu saja untuk kali ini. Mungkin dgn sedikit tips drpd saya ni akan membantu anda2 diluar sana untuk makan vitamin secara konsisten. Badan sihat, hati pun senang dan kerja pun boleh dilakukan dengan baik.

Babai untuk kali ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Liney yer :

019-9771418

Pengedar Shaklee Pekan, Kuantan.


Wednesday, 11 June 2014

TIPS : Makanan Untuk Menambahkan Susu Badan

Assalamualaikum.

Hari ni nak buat perkongsian utk ibu2 mengandung khasnya yer. Boleh diamalkan, in sha Allah dengan pertolongan Allah, kita akan dapat manfaat nya. Amin.

Pengalaman sy menyusukan anak amat kurang. Sebabnya anak yg pertama, tak nak minum susu yg diperah. Masa tu jugak kesedaran tentang penyusuan ibu amat la sedikit. Tambahan pulak ada masalah lain (wink! wink!). Bila mengandungkan anak ketiga, (anak kedua meninggal dlm perut masa 8 bulan dlm kandungan) jugak tak sempat bg susu badan dlm tempoh yg lama sebb masa tu operation (1st time), so agak susah nak susukan baby. Semua tak kena, bila nak susukan rasa sakit tempat operate tu. Alasan (huhuhuhu). Alhamdulillah tidak diuji dengan tiada susu sbb setiap kali bersalin, susu sy byk. Bila melahirkan anak keempat, susu jugak byk tetapi diduga bila bby pula taknak isap susu direct kat kita. Sy ikhtiar dgn pam susu tapi bila takde rangsangan dr bby, susu pun makin lama makin berkurangan. T_T Sedih kan?? Sempat la menyusu selama 3 bulan... Alhamdulillah... 


Jumpa gambar ni. So, nak share dgn mommies out there. Makanan yg membantu utk meningkatkan pengeluaran susu. Boleh cuba yer. Rasa seronok sgt bila seseorang ibu tu dapat menyusukan anak smpai umur 2 tahun. In sha Allah.. Kalau ada rezeki nnti nak jugak buat mcm tu. Memang tabik la kat semua ibu2 kat luar sana... TAHNIAH yer ibu2 semua!!! Anda yang terHEBAT!!!

Jika inginkan suplemen utk membantu menambahkan pengeluaran susu badan, boleh cuba vitamin shaklee, alfafa untuk merangsang pengeluaran susu dan ESP jugak utk membantu pengeluaran susu. Senang, cepat dan mudah diambil pada bila2 masa sahaja. 

 Vitamin khas utk ibu2 selepas bersalin. 

Berminat??

Hubungi :
Liney
019-9771418

facebook : Norliney Ghazali

Ok babai!! 
Thanks for reading this entry!!