Followers

Tuesday 9 December 2014

Anak Kena Sembelit!!??

Assalamualaikum

Pernah tak mommy alami situasi anak-anak yang kena sembelit? Seksa kan? Saya pernah alami masa kakak Hureen sekali, Adik Humaira tak pernah kena, Cik Hannan pun kena sekali jugak. Alhamdulillah... takde la kronik sangat mcm anak-anak orang lain kena. 

Baru-baru ni dok dengar member ofis ni cerita anak dia umur 2 tahun yang kena sembelit sampaikan berlari keliling rumah bila sakit perut nak membuang. Kesian sangat. Pastu trauma setiap kali nak pakai diapers sebab sakit bontot kan.



KENAPA SEMBELIT TERJADI??
  • kurang minum air
  • kurang makan makanan berserat 
  • pengambilan serat tidak mencukupi
  • pengambilan cecair tidak mencukupi
  • pengambilan gula-gula, makanan yang manis & jajan secara berlebihan
  • kurang bersenam



CARA MENGATASI SEMBELIT :
  • galakkan anak-anak minum air masak secukupnya
  • wajibkan anak-anak makan buah & sayur-sayuran dalam menu harian
  • berikan jus buah-buahan jika anak tak suka makan buah
  • galakkan anak-anak bersukan atau bersenam
  • aturkan jadual berkala untuk anak ke tandas


Sian kan kalau anak-anak kena sembelit ni. Kadang-kadang akan berlaku koyakkan kat dubur yang menyebabkan dia trauma untuk buang air besar dan enggan masuk tandas untuk buang air besar. Kalau orang dewasa pun trauma gak ngn sembelit ni, inikan pulak budak-budak.


CADANGAN SUPLEMEN ELAKKAN SEMBELIT

Saya nak cadangkan Meal Shakes Shaklee untuk ibu-ibu yang ada anak-anak yang mengalami sembelit ni. Meal Shakes ni mengandungi asid amino serta nutrisi yang mudah diserap oleh badan. Ia dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lacalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Meal Shakes ni sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi, pelajar, kanak-kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.




MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES

  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zaat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membinatulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Ant-Oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasa - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati semua golongan.
Berminat??? 

Boleh hubungi saya yer :

Liney
019-9771418

Thanks for reading this entry!


Monday 8 December 2014

TIBI Penyakit Berjangkit No. 1!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah En. Suami dah pulih daripada penyakit Tibi. Terkenang-kenang lagi masa mula-mula dia di diagnos sakit tibi pada 25 Disember 2013. Simptom awal ialah batuk berpanjang hampir 2 bulan, demam yg berterusan terutamanya pada waktu petang hampir sebulan, paling kronik bila badan jadi lemah sangat. 

Orang lelaki ni kan mmg susah sikit nak gi klinik ni. Tak macam saya yg suka sgt gi klinik, makan ke tak ubat tu lain citer. Hihihi. Tapi ending dia masa cuti Krismas tahun lepas. Masa tu kami sekeluarga balik kg bercuti panjang sebab kebetulan 2 org adik lelaki kahwin. Masa tu la jugak En. Suami saya dah surrender nak gi hospital sbb masa tu dia dah tak larat sangat dah. Bila masuk wad jer mmg sah la ada kuman TIBI dalam badan dia. Saya mcm terkedu jugak la sbb risau takut jangkit kat anak-anak. 

Lepas En. Suami dah confirm kena TIBI tu mmg sy tak bg sgt suami jaga Cik Hannan yg masa tu baru 5 bulan lebih. Tapi menurut doktor, dalam masa 15 hari rawatan En. Suami kena pakai mask bila bergaul dgn orang & selepas tu kuman-kuman TIBI dah tak aktif.

Apa itu TIBI??

TIBI lebih dikenali sebagai batuk kering ialah sejenis penyakit berjangkit daripada kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis. Sebenarnya kita tak tau pun kat dalam badan kita ni ada kuman Tibi ker tak sebab kuman ni akan aktif bila sistem pertahanan badan lemah. Bila kuman tu aktif & membiak, maka akan menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.


Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari (suami saya kategori ni la). Tetapi boleh jugak berlaku melalui peredaran darah yg jugak boleh merosakkan bahagian lain seperti buah pinggang, kulit, mata, kalenjar leher, tulang, otak dan lain-lain.

Paru-paru yang dijangkiti Tibi


APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI?
  • Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu
  • Batuk berdarah
  • Demam berpeluh terutama pada petang @ malam
  • Kurang selera makan
  • Berat badan turun mendadak
  • Mudah letih & badan menjadi lemah
  • Sakit dada khususnya apabila batuk @ menghela nafas panjang
***Semua simpton (kecuali kahak berdarah) dialami oleh En. Suami saya. Masa tu memang kesian tengok dia. T____T




BAGAIMANA TIBI BOLEH BERJANGKIT??
  • Berjangkit melalui titisan cecair mulut & hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap @ bersin. Orang yang menyedut udara tersebut akan berisiko dijangkiti kuman Tibi.
  • Penyakit Tibi diluar paru-paru tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.

SIAPA YANG LEBIH BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN??

  • Orang-orang yang mempunyai status kehidupan yang rendah dari segi keadaan sosial, pendapatan, pemakanan, kesihatan & ubat-ubatan.
  • Pembawa HIV
  • Pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang yang kronik
  • Pesakit yang mengambil ubat steroid dlm jangka masa yg lama
  • Warga tua
  • Perokok tegar
***Sebenarnya penyakit tibi ni tak mengenal usia yer. Sesape saje berisiko kena penyakit ni.


MACAM MANA NAK DIAGNOS PENYAKIT TIBI??

1) X-ray dada

2) Diagnostic Microbiology - uji kahak.

3) Mantoux Test - Cecair "Tuberculin" disuntik di bahagian bawah kulit lengan. Jika ada kuman tibi, tanda kemerahan yang lebarnya lebih 10mm akan keluar dalam masa 48-72 jam. 


Alhamdulillah sekarang ni En. Suami dah pulih tapi masih lagi ada appointment dgn doktor untuk x-ray dada. Sepanjang rawatan, banyak ubat yang kena ambik setiap hari. Masa mula2 dia makan ubat tu, agak terkejut sebab air kencing berubah warna coklat pekat. Sepanjang tempoh ambik ubat tu En. Suami memang minum banyak air. Badan dia jugak jadi lemah sangat masa mula-mula rawatan. 

Sebagai isteri memang kena sabar dengan karenah suami sepanjang rawatan kerana banyak kesan psikologi berubah. Kena redha dengan ujian Allah kerana setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahNya. 

Sepanjang suami menjalani rawatan ni jugak saya bagi suami minum 1 sudu teh VIVIX Shaklee untuk sistem imunisasi badan. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya dapat membantu.

Okay. Sekian. Semoga perkongsian ni dapat memberi info kepada semua pembaca yer.

Thanks for reading this entry!! 


Sources :
http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan.htm
http://ritz.my/kenali-penyakit-tibi/


Thursday 4 December 2014

Demam! Apa punca demam?

Assalamualaikum.

Bulan November penuh dengan cabaran! Sebagai ibu yg berjauhan dengan suami memang rasa besarnya cabaran bila anak2 dan diri sendiri demam. Bibir mengucapkan syukur kerana diberi ujian kecil dari Allah.. Tapi hati kecil berkata besarnya cabaran bila anak2 demam, lagi rasa besarnya cabaran bila diri sendiri pulak diserang demam.


Tahukah anda demam ni salah satu cara badan kita melawan penyakit!



Apa punca / sebab badan diserang demam??

Sebenarnya punca2 demam ni byk. Antaranya berpunca daripada bakteria @ virus. Demam yang berpanjangan jugak adalah disebabkan penyakit2 yang berbahaya seperti kanser, SLE, penyakit sistem saraf pusat, penyakit dalam darah seperti leukimia, dan banyak lagi.

Tetapi, berbeza pulak hal nya dengan demam selesema. Tanda2 demam selesema ni macam hidung berair, bersin2, sakit tekak yg membawa kepada suara jadi garau, hidung tersumbat dan batuk. 

Berjumpa lah doktor sekiranya demam melebihi suhu 40 darjah celcius, demam berterusan dalam masa yang lama & jika sekiranya keluar tanda lain seperti bintik2 kat badan atau lain2 sebab takut2 tu tanda jangkitan bakteria/virus yg lain. 

Semoga yang kena demam tu cepat sembuh yer! Jangan lupa makan ubat. Saya dah telan vitamin C dah. Nak bagi badan ni kuat sikit untuk melawan penyakit. In sha Allah... ikhtiar selagi terdaya!! Dia lah yang menyembuhkan segala penyakit.




Doa bila demam


بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّار

وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ”


Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.


Thanks for reading this entry!





Tuesday 2 December 2014

PROMO Disember!!

Assalamualaikum!

Bulan ni memang ada kejutan besar dari SHAKLEE. Bulan DOUBLE promotion. Dah la double promotion, vitamin pulak yg awesom giler!!! Vita C & Vita E!! Memang best giler!!! 

Vitamin C
Sape2 yg nak cuba kehebatan vitamin C Shaklee boleh la yer bulan ni. Sebotol ada 180 biji. Tahan 6 bulan tau kalau ambik sebiji sehari. Harga memang mampu sangat. Nak harga kasih sayang boleh mesej or contact saya yer!



Bulan Cinta!!


Ni pulak kebaikan vitamin E. Memang terbaik!! Boleh cuba & ikhtiar mana2 yg patut kan. Tak salah mencuba, kalau tak cuba tu yang rugi... Usaha selagi terdaya, jangan pernah berhenti berharap.

Okay, short & simple post for today! 

Mood nak cuti membara2 ni.. Hihihi. Selamat bercuti kepada yg tengah bercuti. Jom rancang2 cuti utk bawak anak2 gi jalan2. Di samping tu ibu & ayah pun boleh release tension sekali. 

Ok. Babai!

Thanks for reading this entry!