Followers

Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Monday, 19 January 2015

Pengedar Sah Shaklee Sik, Kedah

Assalamualaikum!

Salam ukhuwwah untuk semua. Secara rasmi nya saya kini dah berpindah rumah, tempat kerja, pengasuh & jugak berpindah lokasi COD Shaklee dari Pekan, Pahang ke Sik, Kedah. Jauh tu... Hihihi...

Berpindah secara rasmi pada 29 Disember 2014 iaitu tarikh lapor diri kat IKM Sik. Berpindah barang semalam 18 Januari 2014. Fuhhhhh... penat dok kemas barang tak abis lagi. Barang pun belum abis kemas lagi sebenarnya. Huhuhu.. Bila dah mula kemas2 ni.. Memang banyak oooiii barang yg telah dikumpul sepanjang 10 tahun berada di Pekan. Tu pun dah banyak dah let go & hantar balik kg. T_T

So, sesape yg berada area Sik yg memerlukan penghantaran vitamin hingga ke depan pintu rumah (chewah) boleh la roger2 saya yer. 

019-9771418
Liney

Kalau yg berada di area bandar Sungai Petani pun boleh jugak roger2 untuk COD vitamin sebab suami saya berulang setiap hari ke SP. Boleh jer mintak tolong kanda saya hantarkan. Customer first kan... Hihihi... 

Target utama nak bantu ramai orang supaya sihat!!! 

Senarai Vitamin :

  • B Complex
  • Vitalea
  • Vitalea Chew for children
  • Vita C Chewable (utk kanak2)
  • Sustain Released Vita C
  • Vita E Complex
  • Alfafa Complex
  • Garlic
  • Peppermint Ginger
  • Vivix
  • Collagen Powder
  • Advanced Joint Health Tablet
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Herblax
  • GLA Complex
  • Lecithin
  • ESP
  • Zinc Complex
  • DTX Complex
  • Carotomax
  • CoQ Health
  • Nutriferon
  • Meal Shakes
  • Performance Drink - Natural Orange

Shaklee bukan sahaja jual suplemen malah set penjagaan kulit, set penjagaan rumah, penapis air pun ada jugak tau. Untuk bincang2 harga @ nak tau vitamin sesuai dengan masalah yg dihadapi boleh roger2 or whatsapp jer saya yer & ianya PERCUMA!

Okay! Bertemu lagi di lain entry yer!

Babai!!

Thursday, 2 October 2014

Hilangkan rasa penat??

Assalamualaikum.

Fuhh!!!! Penat seyyy bermula semalam hingga ke hari ni. Rasa penat ni takkan hilang selagi kita masih bernyawa, kan?? Kisahnya hari ni ada audit 5S. So, kerja2 mengemas tempat kerja dan kelas bermula semalam. Lepas jer audit, fuhhhh... lega. Tapi ni baru pra-audit, 10 Oktober ni baru Audit Persijilan daripada MPC. Lepas tu baru betul2 lega. 

Okay, habis dah membebel. Sebab kan badan ni penat, hari ni nak cerita pasal vitamin tenaga. Mestilah vitamin terbaik Shaklee kan?! Hihihi (jangan marah yer). So, untuk kekal bertenaga ni disarankan ambik vitamin B Complex & Vitalea. 

Alhamdulillah, dapat respon daripada customer yg bagitau lepas telan 1 biji Vitalea sebelum tido, beliau kekal cergas & bertenaga selepas bangun tido keesokkan hari nya dan kekal bertenaga sepanjang hari. Kerja2 menjahit (beliau seorang tukang jahit) berjalan lancar. Baguskan kalau vitamin yg diambil serasi kan??


Vitalea ni adalah multi vitamin tertua shaklee. Sangat bagus untuk memberi tenaga segera kepada badan kita. Bukan itu saja boleh juga menguatkan memori, dan meningkatkan keupayaan untuk fokus dalam pelajaran atau pekerjaan.

Berupaya menampung kekurangan vitamin akibat diet yang tidak sihat. Baik untuk remaja yang sedang membesar. Meningkatkan metabolisma badan. Vitalea ni juga diambil oleh orang2 tenama seperti Tun Dr. Mahathir & juga actor Ashraf Muslim.

Sape2 yang nak sampel percuma, boleh hubungi saya yer (untuk 5 orang pelanggan terawal sahaja). 

Liney
019-9771418

Sihat Ceria bersama Liney!!



Wednesday, 11 June 2014

TIPS : Makanan Untuk Menambahkan Susu Badan

Assalamualaikum.

Hari ni nak buat perkongsian utk ibu2 mengandung khasnya yer. Boleh diamalkan, in sha Allah dengan pertolongan Allah, kita akan dapat manfaat nya. Amin.

Pengalaman sy menyusukan anak amat kurang. Sebabnya anak yg pertama, tak nak minum susu yg diperah. Masa tu jugak kesedaran tentang penyusuan ibu amat la sedikit. Tambahan pulak ada masalah lain (wink! wink!). Bila mengandungkan anak ketiga, (anak kedua meninggal dlm perut masa 8 bulan dlm kandungan) jugak tak sempat bg susu badan dlm tempoh yg lama sebb masa tu operation (1st time), so agak susah nak susukan baby. Semua tak kena, bila nak susukan rasa sakit tempat operate tu. Alasan (huhuhuhu). Alhamdulillah tidak diuji dengan tiada susu sbb setiap kali bersalin, susu sy byk. Bila melahirkan anak keempat, susu jugak byk tetapi diduga bila bby pula taknak isap susu direct kat kita. Sy ikhtiar dgn pam susu tapi bila takde rangsangan dr bby, susu pun makin lama makin berkurangan. T_T Sedih kan?? Sempat la menyusu selama 3 bulan... Alhamdulillah... 


Jumpa gambar ni. So, nak share dgn mommies out there. Makanan yg membantu utk meningkatkan pengeluaran susu. Boleh cuba yer. Rasa seronok sgt bila seseorang ibu tu dapat menyusukan anak smpai umur 2 tahun. In sha Allah.. Kalau ada rezeki nnti nak jugak buat mcm tu. Memang tabik la kat semua ibu2 kat luar sana... TAHNIAH yer ibu2 semua!!! Anda yang terHEBAT!!!

Jika inginkan suplemen utk membantu menambahkan pengeluaran susu badan, boleh cuba vitamin shaklee, alfafa untuk merangsang pengeluaran susu dan ESP jugak utk membantu pengeluaran susu. Senang, cepat dan mudah diambil pada bila2 masa sahaja. 

 Vitamin khas utk ibu2 selepas bersalin. 

Berminat??

Hubungi :
Liney
019-9771418

facebook : Norliney Ghazali

Ok babai!! 
Thanks for reading this entry!!


Friday, 6 June 2014

TIPS : Kuku Sihat dan Cantik Secara Semulajadi

Salam Jumaat Semua!

Hari ni nak kongsi tips untuk kuku yg cantik dan sihat secara semulajadi. 


Sumber : Google

Di bawah ini terdapat panduan dalam merawat dan menjaga kuku. Paling penting, anda boleh melakukannya di rumah sahaja!

  • Jika anda sering mengalami masalah kuku yang tidak menyerlah, kering dan pudar, picitkan sedikit ubat gigi pada tangan dan ssapukan di sekitar kuku. Biarkan ia kering untuk seketika sebelum dicuci. Langkah ini akan mengembalikan keceriaan dan kilauan pada permukaan kuku.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan jus limau yang membantu menanggalkan kesan kotoran atau air yang dicampurkan dengan hirisan limau.
  • Untuk memutihkan kuku pula, masa yang diambil agak lama, dalam lingkungan 15 hingga 20 minit.
  • Cuci kuku dengan sabun dan air biasa. Kemudian, gunakan berus pewarna kuku untuk menyental di bahagian atas, bawah dan di sebelah kuku.
  • Selepas dikeringkan masukkan satu sudu jus limau dan satu sudu serbuk penaik ke dalam sebuah mangkuk. Campur sehingga sebati tetapi tidak terlalu cair lalu titiskan satu titik pada bahagian tengah setiap kuku.
  • Dengan menggunakan buffer (sejenis alat pelembut kuku yang boleh didapati di farmasi atau pusat penjagaan kuku) sental kuku secara  perlahan-lahan. Selepas siap melakukan pada setiap kuku, cuci dan keringkan dengan tuala.
  • Sapukan krim pelembut tangan dalam kuantiti yang banyak supaya ia menggantikan tekstur lembap yang hilang. Sebaik ia betul-betul kering, sapukan dua lapisan pewarna kuku. 


Untuk kuku yang cantik jugak boleh ambik vitamin B Complex Shaklee. Murah jer, harga mampu beli sebab mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan. Memang jimat sangat2. 

Sekian!

Thanks for reading this entry!

Sumber : mingguan wanita