Followers

Friday 6 June 2014

TIPS : Kuku Sihat dan Cantik Secara Semulajadi

Salam Jumaat Semua!

Hari ni nak kongsi tips untuk kuku yg cantik dan sihat secara semulajadi. 


Sumber : Google

Di bawah ini terdapat panduan dalam merawat dan menjaga kuku. Paling penting, anda boleh melakukannya di rumah sahaja!

  • Jika anda sering mengalami masalah kuku yang tidak menyerlah, kering dan pudar, picitkan sedikit ubat gigi pada tangan dan ssapukan di sekitar kuku. Biarkan ia kering untuk seketika sebelum dicuci. Langkah ini akan mengembalikan keceriaan dan kilauan pada permukaan kuku.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan jus limau yang membantu menanggalkan kesan kotoran atau air yang dicampurkan dengan hirisan limau.
  • Untuk memutihkan kuku pula, masa yang diambil agak lama, dalam lingkungan 15 hingga 20 minit.
  • Cuci kuku dengan sabun dan air biasa. Kemudian, gunakan berus pewarna kuku untuk menyental di bahagian atas, bawah dan di sebelah kuku.
  • Selepas dikeringkan masukkan satu sudu jus limau dan satu sudu serbuk penaik ke dalam sebuah mangkuk. Campur sehingga sebati tetapi tidak terlalu cair lalu titiskan satu titik pada bahagian tengah setiap kuku.
  • Dengan menggunakan buffer (sejenis alat pelembut kuku yang boleh didapati di farmasi atau pusat penjagaan kuku) sental kuku secara  perlahan-lahan. Selepas siap melakukan pada setiap kuku, cuci dan keringkan dengan tuala.
  • Sapukan krim pelembut tangan dalam kuantiti yang banyak supaya ia menggantikan tekstur lembap yang hilang. Sebaik ia betul-betul kering, sapukan dua lapisan pewarna kuku. 


Untuk kuku yang cantik jugak boleh ambik vitamin B Complex Shaklee. Murah jer, harga mampu beli sebab mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan. Memang jimat sangat2. 

Sekian!

Thanks for reading this entry!

Sumber : mingguan wanita

No comments:

Post a Comment