Followers

Thursday 22 January 2015

Kenali Keputihan Normal

Assalamualaikum.

Hari ni Kak Liney nak cerita2 pasal keputihan. Keputihan ni masalah yang agak biasa bagi kaum wanita. Sebelum nak kata keputihan tu bahaya ker tak kena study dulu la yang mana keputihan yang bahaya, yang mana yang dikatakan keputihan yang normal.

Apakah itu keputihan?
Dikalangan pakar perubatan, keputihan ni dikenali sebagai Leucorrhoe atau Fluor Albus. Keputihan ni sebenarnya 
 adalah cairan yang keluar dari vagina. Keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. Kamu perlu take seriously dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah jernih, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan para wanita. Sekiranya cairan putih jernih ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi. So, sesape yg merancang untuk dapatkan anak boleh 'bersama' waktu subur ni. 

Keputihan abnormal
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. Ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

1. Kamu terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Ketahui pula jenis jangkitan
Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

So, amat penting bagi kita untuk belajar mengenai keputihan ni yer. Alhamdulillah, shaklee ada Alfafa yg boleh merawat masalah keputihan ni. Elok sangat bagi sesape yang nak cuba Alfafa ni sebab bulan ni memang ada promo. Jimat berganda.


Liney 
019-9771418

Thanks for reading this entry :)

No comments:

Post a Comment