Followers

Thursday 4 December 2014

Demam! Apa punca demam?

Assalamualaikum.

Bulan November penuh dengan cabaran! Sebagai ibu yg berjauhan dengan suami memang rasa besarnya cabaran bila anak2 dan diri sendiri demam. Bibir mengucapkan syukur kerana diberi ujian kecil dari Allah.. Tapi hati kecil berkata besarnya cabaran bila anak2 demam, lagi rasa besarnya cabaran bila diri sendiri pulak diserang demam.


Tahukah anda demam ni salah satu cara badan kita melawan penyakit!



Apa punca / sebab badan diserang demam??

Sebenarnya punca2 demam ni byk. Antaranya berpunca daripada bakteria @ virus. Demam yang berpanjangan jugak adalah disebabkan penyakit2 yang berbahaya seperti kanser, SLE, penyakit sistem saraf pusat, penyakit dalam darah seperti leukimia, dan banyak lagi.

Tetapi, berbeza pulak hal nya dengan demam selesema. Tanda2 demam selesema ni macam hidung berair, bersin2, sakit tekak yg membawa kepada suara jadi garau, hidung tersumbat dan batuk. 

Berjumpa lah doktor sekiranya demam melebihi suhu 40 darjah celcius, demam berterusan dalam masa yang lama & jika sekiranya keluar tanda lain seperti bintik2 kat badan atau lain2 sebab takut2 tu tanda jangkitan bakteria/virus yg lain. 

Semoga yang kena demam tu cepat sembuh yer! Jangan lupa makan ubat. Saya dah telan vitamin C dah. Nak bagi badan ni kuat sikit untuk melawan penyakit. In sha Allah... ikhtiar selagi terdaya!! Dia lah yang menyembuhkan segala penyakit.




Doa bila demam


بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّار

وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ”


Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.


Thanks for reading this entry!





2 comments:

  1. welcome.. sharing benda2 yg terjadi di sekeliling diri sendiri =)

    ReplyDelete