Followers

Monday, 8 December 2014

TIBI Penyakit Berjangkit No. 1!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah En. Suami dah pulih daripada penyakit Tibi. Terkenang-kenang lagi masa mula-mula dia di diagnos sakit tibi pada 25 Disember 2013. Simptom awal ialah batuk berpanjang hampir 2 bulan, demam yg berterusan terutamanya pada waktu petang hampir sebulan, paling kronik bila badan jadi lemah sangat. 

Orang lelaki ni kan mmg susah sikit nak gi klinik ni. Tak macam saya yg suka sgt gi klinik, makan ke tak ubat tu lain citer. Hihihi. Tapi ending dia masa cuti Krismas tahun lepas. Masa tu kami sekeluarga balik kg bercuti panjang sebab kebetulan 2 org adik lelaki kahwin. Masa tu la jugak En. Suami saya dah surrender nak gi hospital sbb masa tu dia dah tak larat sangat dah. Bila masuk wad jer mmg sah la ada kuman TIBI dalam badan dia. Saya mcm terkedu jugak la sbb risau takut jangkit kat anak-anak. 

Lepas En. Suami dah confirm kena TIBI tu mmg sy tak bg sgt suami jaga Cik Hannan yg masa tu baru 5 bulan lebih. Tapi menurut doktor, dalam masa 15 hari rawatan En. Suami kena pakai mask bila bergaul dgn orang & selepas tu kuman-kuman TIBI dah tak aktif.

Apa itu TIBI??

TIBI lebih dikenali sebagai batuk kering ialah sejenis penyakit berjangkit daripada kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis. Sebenarnya kita tak tau pun kat dalam badan kita ni ada kuman Tibi ker tak sebab kuman ni akan aktif bila sistem pertahanan badan lemah. Bila kuman tu aktif & membiak, maka akan menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.


Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari (suami saya kategori ni la). Tetapi boleh jugak berlaku melalui peredaran darah yg jugak boleh merosakkan bahagian lain seperti buah pinggang, kulit, mata, kalenjar leher, tulang, otak dan lain-lain.

Paru-paru yang dijangkiti Tibi


APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI?
  • Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu
  • Batuk berdarah
  • Demam berpeluh terutama pada petang @ malam
  • Kurang selera makan
  • Berat badan turun mendadak
  • Mudah letih & badan menjadi lemah
  • Sakit dada khususnya apabila batuk @ menghela nafas panjang
***Semua simpton (kecuali kahak berdarah) dialami oleh En. Suami saya. Masa tu memang kesian tengok dia. T____T




BAGAIMANA TIBI BOLEH BERJANGKIT??
  • Berjangkit melalui titisan cecair mulut & hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap @ bersin. Orang yang menyedut udara tersebut akan berisiko dijangkiti kuman Tibi.
  • Penyakit Tibi diluar paru-paru tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.

SIAPA YANG LEBIH BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN??

  • Orang-orang yang mempunyai status kehidupan yang rendah dari segi keadaan sosial, pendapatan, pemakanan, kesihatan & ubat-ubatan.
  • Pembawa HIV
  • Pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang yang kronik
  • Pesakit yang mengambil ubat steroid dlm jangka masa yg lama
  • Warga tua
  • Perokok tegar
***Sebenarnya penyakit tibi ni tak mengenal usia yer. Sesape saje berisiko kena penyakit ni.


MACAM MANA NAK DIAGNOS PENYAKIT TIBI??

1) X-ray dada

2) Diagnostic Microbiology - uji kahak.

3) Mantoux Test - Cecair "Tuberculin" disuntik di bahagian bawah kulit lengan. Jika ada kuman tibi, tanda kemerahan yang lebarnya lebih 10mm akan keluar dalam masa 48-72 jam. 


Alhamdulillah sekarang ni En. Suami dah pulih tapi masih lagi ada appointment dgn doktor untuk x-ray dada. Sepanjang rawatan, banyak ubat yang kena ambik setiap hari. Masa mula2 dia makan ubat tu, agak terkejut sebab air kencing berubah warna coklat pekat. Sepanjang tempoh ambik ubat tu En. Suami memang minum banyak air. Badan dia jugak jadi lemah sangat masa mula-mula rawatan. 

Sebagai isteri memang kena sabar dengan karenah suami sepanjang rawatan kerana banyak kesan psikologi berubah. Kena redha dengan ujian Allah kerana setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahNya. 

Sepanjang suami menjalani rawatan ni jugak saya bagi suami minum 1 sudu teh VIVIX Shaklee untuk sistem imunisasi badan. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya dapat membantu.

Okay. Sekian. Semoga perkongsian ni dapat memberi info kepada semua pembaca yer.

Thanks for reading this entry!! 


Sources :
http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan.htm
http://ritz.my/kenali-penyakit-tibi/


2 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. welcome Farah Waheda =) Thanks sudi melawat blog akak yer.

    ReplyDelete